25 November 2008

Membaca Ummul Kitab

Service offert par bloguez.com : Plateforme de création de blogs



Membaca Ummul Kitab
Hadith :
Daripada Ubadah bin as-Samit r.a, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Sesiapa yang mengerjakan satu solat yang ia tidak membaca padanya Fathatul Kitab maka solat itu kurang, kurang, tidak sempurna.”
Muslim dan Abu ‘Uwanah
-Huraian-
Membaca surah al-Fatihah merupakan salah satu daripada 13 rukun solat. Surah tersebut mestilah dibaca dengan makhraj yang betul. Barulah hati akan mengikuti dan memahami makna setiap kalimah yang terucap. Misalnya apabila dibaca ayat keempat dari Surah al-Fatihah yang bermaksud: "Tuhan yang memiliki hari Akhirat." Maka tergambar segala kekalutan, kesibukan dan huru-hara manusia yang bersesak di padang Masyhar. Terasalah akan kekerdilan dan kelemahan diri di sisi Allah SWT. Apabila membaca ayat kelima dari surah al-Fatihah yang bermaksud : "Engkaulah yang ku sembah dan Engkaulah tempat ku bermohon." Bererti kita telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah, bukan menjadi penyembah hawa nafsu atau selainnya. Ringkasnya membaca surah al-Fatihah dalam solat adalah wajib. Ia tidak boleh dipandang ringan kerana dengan bacaan tersebut menjadikan diri kita insaf sekali gus menjamin kita daripada lalai di dalam solat.

06 November 2008

Jumaat (07.11.2008)


Jumaat (07.11.2008)

hari ni paling aku happy setelah ramai kawan2ku... abgku2 akak2ku yang mgucapkan birthday aku ni.. hari ni adalah hari genap bagi umorku 17 thun...

4 hari lagi aku akan mghadapi exam SPM 2008 11.11.08 selasa..

dengan penuh rasa takut, gementar untuk menghadapinya.

hajat aku untuk tahun ni 2008

1.. semoga Allah swt teguhkan iman aku dan mati aku dalam keimanan
2.. moga aku menjadi anak yang soleh dan taat pada ibubapaku.. mama dan abah
3.. ingin kebahagiaan didunia dan diakhirat...
4. ingin kejayaan didunia dan diakhirat ( terutamanya dalam SPM 08 dan mencapai matlamatku)
5.. jauhkan diri aku drpd sifat mazmumah dan memenuhi sifat mahmudah)
6.. yang paling penting jauhkan diri aku daripada TEMPAT MAKSIAT
7. ampunilah dosa2 guru2ku yang telah mendidikku ke arah kejayaan dan tenangkanlah hati mereka dan murahkanlah rezeki mereka untuk mengajar anak2 didiknya...

semoga apa yang aku hajati termakbur dan mencapai kejayaan didunia dan diakhirat..

amin
amin
amin

ya robbal a'lamin





Funscrape.Com | More Happy Birthday Comments






Funscrape.Com | More Happy Birthday Comments