Service offert par bloguez.com : Plateforme de création de blogs
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam".
Lembut Jannah menjawab. Inilah pertemuan antara Jannah dan Firdaus yang disulami perasaan cinta kerana ALLAH atau dikenali sebagai taaruf bagi mengenali bakal pasangan untuk dinikahi menurut syariat Islam.
"Alhamdulilah, inilah kali pertama ana berperasaan begini pada anti. WardatulJannah, seboleh-bolehnya ana sangat berharap agar ikatan yang suci ini dipelihara sehingga kita diijab kabulkan". Bicara Firdaus dalam keadaan gugup. Perasaan malunya tidak dapat ditahan lebih-lebih lagi dirinya sedang diperhatikan oleh 2 orang Ustaz dihadapannya . Tirai langsir menjadi pemisah kepada pertemuan ini. Jannah ditemani dengan seorang ustazah disebalik sana.
Firdaus seorang pemimpin yang hebat di kampus. Tegas bila berhadapan dgn perkara mungkar dan sangat berlemah lembut ucapannya apabila mengajak kepada maaruf. Ayah Firdaus telah meninggal dunia sejak dia berusia 5 tahun. Firdauslah yang banyak membantu ibunya memberi semangat untuk hidup, menemani ibunya ketika kesunyian dan memberi sebahagian duit perbelanjaan biasiswa kepada ibunya yang tinggal di kelantan. Biarlah dia berlapar sekalipun, tetapi tidak bagi ibu dan adik-adiknya di kampung.
Firdaus mengenali Jannah apabila mereka dan sahabat yang lain diarahkan oleh pimpinan jemaah kampus untuk bertanding dalam pilihanraya kampus. Beza umur Jannah dan Firdaus seusia 2 tahun. Dalam piliharanraya lepas, nasib menyebelahi mereka. Kemenangan yang dikecapi bukanlah sesuatu yang menggembirakan mereka, tetapi sebenarnya mereka ditaklifkan dengan satu tanggungjawab yang besar untuk menjadi suara-suara pelajar yang berhadapan dengan masalah dan yang paling penting mereka akan bersama-sama membangunkan biah solehah di kampus.
Jannah seorang gadis pemalu tetapi bersuara lantang dalam mengeluarkan pendapat dan idea apabila bermesyuarat. Walaupun amanah yang dipegang merupakan kerja-kerja ijtimaie, tetapi batas-batas ikhtilat dan pergaulan tetap dijaga. Kadang-kadang pelajar bukan jemaah yang duduk semeja dalam mesyuarat pelik melihat Jannah dan Firdaus bercakap sesama mereka tetapi mata pandang pada dinding. Tergelak juga apabila ditegur, tetapi itulah konsep yang diajar semasa mereka dan sahabat jemaah yang lain mengikuti tamrin setiap kali cuti semester.
Kini sudah 2 tahun mereka dibaitul muslimkan. Tidak pernah bermessage, berchat hatta beremel tidak pernah sama sekali. Bagi mereka kepercayaan pada jodoh yang telah ditentukan oleh Ilahi perlu dipegang teguh.
Mengapa perlu mencari perkara yang haram sedangkan perjalanan yang dituju adalah sesuatu yang halal. Kini, Firdaus telah pun bekerja di sebuah syarikat yang besar sebagai jurutera. Jannah hanya tinggal satu semester lagi untuk memegang segulung ijazah. Kegembiraan jelas terpancar. Dia yakin dirinya akan dijodohkan tidak lama lagi kerana dia masih ingat janji Firdaus semasa pertama kali bertaaruf dulu bahawa Firdaus akan kerumahnya untuk melamar sesudah sahaja Jannah menghabiskan pengajiannya.
Setelah penat seharian berjalan dari satu kelas ke kelas yang lain, Jannah ingin merehatkan badan dan minda dengan membaca emel yang mulai penuh setelah 3 hari tidak membuka internet. Sibuk dengan assignment yang perlu disiapkan. Tiba-tiba Jannah terkejut mendapat emel dari Firdaus. Apakah ada berita gembira yang ingin disampaikan?
Assalammualaikum wrh wbt
Maaf sekiranya kehadiran emel ni membuat kan anti gelisah. Sebelum ana menulis emel ini, ana sudah beberapa kali memohon kepada ALLAH agar diberi pilihan yang tepat dan diberi kekuatan dengan apa yang ana ingin sampaikan.
Jujur ana katakan, cinta ana pada anti adalah kerana ALLAH Taala dan ana ingin melamar anti secepat yang mungkin agar kita dapat menunaikan sebahagian sunnah Rasulluah. Ana juga memerlukan anti sebagai sayap kiri ana ketika ana sibuk bergerak dalam perjuangan ISLAM nanti. Baru-baru ini, ibu ana di kampung menelefon ana meminta ana segera pulang kerumah. Ana terkejut tetapi ana tetap taat dengan apa yang disuruh oleh ibu walaupun ana tidak pasti mengapa ibu meminta pulang dengan tergesa-gesa.
Apabila ana sampai ke rumah, ibu memberitahu bahawa ana akan dijodohkan dengan sepupu jiran sekampung. Gambar ana telah pun ibu beri pada keluarga sebelah muslimat. Ana jadi bingung mengapa ibu kelam kabut melakukan semua ini padahal ibu sudah pun mengetahui status ana bersama anti. Esoknya ibu meminta ana kerumah keluarga bakal menantu ibu. Ana hanya berdiam diri bisu tanpa suara. Sesekali menitis juga air mata. Ibu bersetuju untuk melamarkan ana dengan muslimat tersebut.
Apabila pulang kerumah, ana bertanya kepada ibu mengapa dia lakukan semua ini. Ibu memberitahu bahawa dia tidak suka anaknya berkahwin dengan bakal menantu yang luar dari negeri ana. Anti pun mungkin faham semangat kenegerian ana memang kuat. Sangat susah untuk orang-orang tua melepaskan anaknya berkahwin dengan orang yang tinggal jauh mungkin takut anaknya akan melupakan ibunya. Serba salah ana apakah cara terbaik untuk ana sampaikan berita sebegini pada anti. Risau anti akan tersinggung ataupun terluka, tetapi ana berharap agar anti memahami situasi yang ana lalui sekarang. Jangan lah risau, ana akan cuba memujuk ibu ana semula. Cuma ana memohon doa dari anti dan sama-samalah kita solat hajat agar dipermudahkan segala urusan.
Ikhlas,
Firdaus.
Jannah terkedu tetapi tidak cepat melatah. Baginya jodoh itu rahsia ALLAH. Perancangan hebat mana pun kita fikirkan, tetapi bila ALLAH kata ”kun fayakun” semua perancangan kita akan gagal. Namun Jannah bersangka baik dengan apa yg berlaku. Jannah terus memegang mouse dan click kearah ’reply’.
Waalaikumsalam wrh wbt
Syukran atas kejujuran dan keihklasan anta. Jangan terlalu memikirkan tentang perasaan ana. Paling penting sekarang, patuhilah kehendak ibu anta. Dialah satu-satunya ibu yang kita ada. Ibu tidak boleh diganti dengan sesiapa sahaja. Restu ibu adalah yang paling mustahak. Mungkin muslimat yang dipilih oleh ibu anta adalah yang terbaik untuk anta. Sesungguhnya apa yang diatur dan dirancang itu adalah dari ALLAH. Kita sebagai hambaNya sentiasalah redha dan tawakal dengan segala yang berlaku. Kita sudah dewasa dan tahu yang mana baik dan yang buruk. Ana doakan agar anta dapat membuat satu keputusan yang tepat.
Salam,
Jannah.
Sudah sebulan Jannah tidak mendapat apa-apa khabar berita dari Firdaus. Risau tidak keruan. Bukan risau sebab dirinya tidak akan dipilih, tetapi risaukan keadaan ibu Firdaus. Dia sedar dirinya bukanlah layak untuk mencampur urusan dalam hal keluarga Firdaus. Seboleh-bolehnya Jannah tidak mahu hati sesiapa terluka. Biarlah dirinya dilukai kerana dia yakin ALLAH bersama dengan orang sabar. Setiap malam Jannah akan berqiamulail dan berhajat pada Yang Esa semoga semua keadaan akan kembali damai. Berilah kekuatan kepada Firdaus untuk membuat pilihan. Berilah petunjuk dan jalan yang mudah kepadanya. Ya ALLAH, aku tahu diri ini tidak layak dicintai, namun begitu, apa pun keputusan yang bakal ku terima, Kau lindungilah aku, tabahkanlah hati aku.Hati ku hanya milikMu Ya ALLAH.
Usai solat subuh, Jannah terus meng’online’ internet. Niat di hati untuk mencari ’journal’ yang boleh dijadikan maklumat untuk dimasukkan dalam ’thesis’ semester akhir ini. Tergerak dihati untuk melihat “1 new message received” yang baru diterimanya.
Assalamua'laikum warahmatullah wabarakaatuh.
Selamat pagi.
Semalam ibu ana telefon ana dan meminta ana memberi jawapan samada ana bersetuju dengan pilihan ibu atau tidak. Ana beritahu yang ana perlukan sedikit masa. Ibu ana dalam keadaan yang sedikit tertekan. Ibu betul-betul sayangkanpilihannya, dan keluarga di sebelah sana telah berkunjung ke rumah ibu untuk mengetahui jawapan dari ana. Ibu ana menangis, betul-betul mengharapkan ana menerima calon pilihannya. Ana rasa, anti pun mungkin faham keadaan ana apabila melihat ibu kita menangis dihadapan kita atau tengah bercakap di telefon. Ana tiada pilihan lain melainkan menyatakan persetujuan ana kepada ibu. Sekali lagi ibu ana sebak dan berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada ana. Ibu ana pun sudah tua dan ana memang sudah bertekad untuk menurut apa jua pilihan ibu ana tanpa bantahan dan tidak mahu lagi untuk bertegang leher seperti sebelum ni.
Jodoh merupakan antara perkara yang memang ditetapkan Allah swt. Kita hanyamerancang, Allah yang menentukan. Insya Allah, doakan ana bahagia dengan pilihan ibu ana dan ana akan doakan anti agar mendapat pasangan hidup yang jauh lebih baik berbanding ana. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.
Pokok pangkalnya, semoga proses Baitul Muslim yang kita lalui dalam sekitar 2 tahun ini mendapat rahmat daripada Allah swt. Alhamdulillah, ana sedikit terharu kerana memikirkan yang kita saling menjaga hubungan yang dibina dalam masa 2 tahun ini. Insya Allah, semoga kita dapat terus membina Baitul Muslim dengan pilihan masing-masing kelak.
Justeru, ana dengan ikhlas menamatkan hubungan Baitul Muslim dengan anti.Ana yakin, anti seorang yang tabah dan kuat untuk menghadapi situasisebegini. "Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar".
Ikhlas,
Firdaus.
Titisan air mata tidak dapat ditahan, Jatuh berderai-derai sukar untuk berhenti. Memang benar, jodoh itu rahsia ALLAH. Mungkin belum sampai masanya. Bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Umur Jannah meningkat dewasa. Selepas berjaya menamatkan ijazah sarjana (Master of science) yang baru diperolehi dari Universiti Birmingham , Jannah berkeputusan untuk menyambung lagi pelajaran ke peringkat PHD. Bukannya Jannah sukar menerima insan bernama suami untuk bertakhta dihatinya, tetapi setiap kali meminta petunjuk dari ALLAH, semuanya berkeputusan negatif. Kadang-kadang terpaksa menebal muka untuk menolak lamaran beberapa muslimin yang ingin berbaitul muslim dengannya.Mungkin inilah jalan terbaik dari ALLAH.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(2:216)
Jannah yakin akan janji ALLAH. Jannah sedari ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Menjadi seorang isteri yang mithali bukanlah sesuatu yang mudah sekiranya kita belum bersedia dan tidak meletakkan iman dihati. Memang benar, ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan, tanggungjawab banyak yang perlu dipikul. Bukankah sekiranya kita gagal melaksanakannya, kita membina dosa yang jalannya menuju ke neraka? Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwinlah demi Tuhan dan NabiNya, bukan berkahwin kerana perasaan dan hanya ingin melepaskan hawa nafsu. Usah dirisaukan akan jodoh, tiba masanya ia akan datang menjemput.
Jannah mendapat khabar yang Firdaus kini sedang menanti anak ke tiga hasil dari perkahwinan pilihan ibunya. Setiap kali selesai bersolat, Jannah sentiasa mendoakan agar kebahagian dan kerahmatan ALLAH dilimpahkan kepada keluarga Firdaus.
Memang benar, sekiranya tiada restu dari ibu dan bapa, keredhaan ALLAH juga tidak diperolehi. Jannah membuka helaian buku diari yang agak lama tersimpan di dalam kotak sebelum dia menyambung pelajaran ke Birmingham. Satu keratan kertas kecil terjatuh dilantai. Nota ringkas yang diselit oleh sahabat lamanya sentiasa memberi semangat baru untuk dia meneruskan hidup.
“Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.”

No comments:
Post a Comment