11 September 2008

Mati dalam keadaan JAHAT

iriman dari teman...
Assalamualaikum,

ketahuilah bahawa yang boleh membawa ke arah mati dalam kejahatan itu telah ditetapkan oleh Allah Taala dengan beberapa sebab. Antaranya ialah:-

a. kasihkan kemuliaan dunia

sebagaimana sabda rasulullah s.a.w. "kasih kepada dunia itu kepala tiap-tiap kejahatan."

sabda nabi s.a.w. lagi "Dunia ini dikutuk Allah Taala dan dikutuk apa-apa yang ada didalamnya melainkan orang yang mengajar dan belajar kerana Allah Taala."

Oleh itu, hendaklah anda menuntut ilmu atau bersahabat dengan orang alim supaya bertambah ilmu anda tentang diri anda yang sebenarnya. Bahkan anda tidak akan memperoleh kebaikan melainkan menurut hadis nabi s.a.w. "Sesiapa yang tidak mengikut Nabi s.a.w. tidak akan mendapat syafaat (pertolongan) Nabi di kemudian hari."

b. Takbur
larilah(hindarkan diri) daripada bersifat takbur itu seperti melarikan diri daripada binatang buas yang hendak membaham anda. Oleh sebab teramat besar bahaya takbur itu, maka Nabi s.a.w. bersabda:- "Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah daripada takbur."

Takbur ertinya memandang dirinya ada kelebihan daripada orang lain.

kita sepatutnya sedar diri kita tidak mempunyai kemuliaan walau sezarah pun jika anda merenungi diri kita. Bahkan kita manusia yang amat hina, serba kekurangan, bebal dan jahil di sisi Allah.Ketahuilah bahawa takbur itu sifat Tuhan kita. sebagaimana firman Allah Taala:- ertinya:"(Iaitu) tidak ada tuhan melainkan Aku-(sesiapa yang bersifat takbur seolah-olah dia merampas pakaian Tuhannya." (surah Taha:ayat 14)

c. Riak

ketahuilah kita bahawa riak itu merupakan dosa yang paling besar yang dinamakan syirik khafi yang amalannya tidak diterima Allah Taala kerana mengandungi amalan riak. Firman Allah Taala:- ertinya:"Tidak Aku suruh mereka itu melainkan menyembah Allah Taala padahal ia ikhlas baginya agama yang sebenar." (surah Al-Bayyinah: ayat5)

d. Bakhil

e.Hasad dengki
sesetengah orang yang membawa ke arah mati dalam kejahatan ialah orang yang bakhil iaitu kedekut dan orang yang suka hasad dengki iaitu orang yang tidak suka orang lain lebih daripada dirinya.

f. seorang yang memandang ringan terhadap gurunya.

sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. "sesiapa yang meringankan gurunya, nescaya akan diturunkan bala oleh Allah Taala kepadanya dengan tiga perkara:
-Diberi kesempitan rezeki
-Dilupakan ilmunya oleh Allah Taala
-Allah taala mengeluarkannya dari dunia ini dengan menanggalkan
imannya.(Nauzubilla h)."

inilah saat-saat paling ditakuti ketika mati dalam keadaan jahat iaitu ditanggalkan iman oleh Allah Taala.

semoga tatapan ini memberi kita manfaat dan pengajaran yang berguna kepada kita semua. Semoga kehidupan kita mendapat keredhaan Allah didunia dan akhirat.

wassalam...

No comments: