24 February 2009

kePaHiTaN




Memulakan langkah memang perit…bertatih…jatuh…dan bangun semula..kadang-kadang tanpa tangan menghulur bantuan, terasa diri kembara sendirian..impikan syurga idaman..sedangkan diri tak tahan ujian…kerdilnya diri bila menghitung keringat yg gugur..titisan air mata kecewa..rupanya masih sedikit kasih ini dipadu.....mekar dalam jambangan setia pada perjuangan Islam..

22 February 2009

Makna FAMILY



Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, " Adi k terjumpanya belakang rumah di semak"

" Adi k memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?


Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
melebihi keluarga kita, adakah ia merupakan suatu pelaburan yang bijak ?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

Salam...5 perkara penting....





lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya


1-وجه جميل
1:wajah yang cantik


2- فلوس بالملاين
2:duit yang banyak


3- صحة قوية
3:kesihatan yang baik


4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita


5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang nenyak tanpa ganguan



senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.


قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
kata nabi saw


من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa
yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat


بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan
badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg
bermanfaat


أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang
nyenyak


sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat
خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟ بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية

Mukjizat di sebalik BISMILLAH




BISMILLAH adalah sebutan/nama sin gkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH


1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.


2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)


3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.


4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sa kit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.


5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.


6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '


7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '


8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.


9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.


11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca..

17 February 2009

ErTi SaHaBaT SeJaTi -------->>> RaJiH

Sahabat Yang Baik

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baik ku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Ku hulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.

Mencari Sahabat di Waktu Susah
Belum pernah ku temukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau duka melanda, aku sering bertanya.... siapakah yang sudi menjadi sahabatku. Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

Pasang Surut Persahabatan
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, ku dapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkanku, dan jika aku sakit, tak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai

Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat
Bila tak ku temukan sahabat-sahabat yang taqwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat. Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti ku waspadai.

Sukarnya Sahabat Sejati
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka, maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya. Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Ku tinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku jauhi orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

Sahabat Sejati Di Waktu Susah
Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tak satu Negara pun yang penduduknya berhati manusia.

Rosaknya Keperibadian Seseorang
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.

Menghormati Orang Lain
Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan. Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.


Menghadapi Musuh
Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku, dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang ku benci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang ku cintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

Tipu Daya Manusia
Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

Tempat Menggantungkan Harapan

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya, dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.

Menjaga Nama Baik

Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu, dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia. Selamat tinggal dunia jika atasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.

AL - FaTiHaH BuaT ENCIK HALIM

Asalamualaikum dan salam sejahtera
kepada warga TM (CMD & CMU) & Agensi Kutipan Hutang TM yang dihormati.


KEMATIAN PENGARAH URUSAN NM ENGINEERING SDN BHD
(TELEKOM MALAYSIA TERENGGANU)

Dukacita dimaklumkan bahawa rakan kita En. Abdul Halim bin Omar telah pulang ke rahmatullah pada malam semalam pukul 12mlm 18/2/2009.

Jenazah beliau akan disembahyangkan di rumah beliau kg bukit depu(KUALA TERENGGANU ) jam 10.00 pagi dan jenazah akan disemadikan di tanah perkuburan islam kg losong, kuala terengganu.

Marilah bersama sama kita mensedekahkan bacaan Surah Al-Fatihah khusus kepada roh arwah .

AL-FATIHAH.


Salam hormat.

RaJiH

WAKIL AGENSI KPK terengganu

14 February 2009

50 PERKARA YG PERLU KITE AMALKAN

Service offert par bloguez.com : Plateforme de création de blogs


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Assalamualaikum wbt...
01. Bersyukur apabila mendapat nikmat
02. Sabar apabila mendapat kesulitan
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
05. Jangan membiarkan hati dalam kesedihan
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
08. Jangan irihati dengan kekayaan orang
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan.
11. Jangan tamak kepada harta
12. Jangan terlalu ego akan sesuatu kedudukan
13. Jangan hancur kerana kezaliman
14. Jangan goyah kerana fitnah
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23. Lakukan sholat dengan ikhlas dan khusyuk
24. Lakukan sholat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid
25. Biasakan sholat malam
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28. Sayangi dan hormati fakir miskin
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30. Jangan marah berlebih-lebihan
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah kerana Allah
33. Berlatihlah konsentrasi fikiran
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
36. Jangan percaya ramalan manusia
37. Jangan terlampau takut miskin
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan terlampau takut kepada manusia
40. Jangan sombong, takabur dan degil
42. Berlakulah adil dalam segala urusan
43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala
45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
46. Eratkan hubungan silaturrahim
47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
48. Berkata-kata pada perkara yang perlu
49. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu"

BILA AL-QURAN MULA BERBICARA

Waktu engkau masih kanak-kanak.....
Kau laksana kawan sejatiku.....
Dengan wudu', Aku kau sentuh.....
Dalam keadaan suci, Aku kau pegang.....
Aku, kau junjung dan kau pelajari.....
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari.....
Setelah selesai engkau menciumku mesra.....
Sekarang engkau telah dewasa.....
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku.....
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu.....
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.....
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
Sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan.....
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.....
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa.....
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan.....
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.....
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.....
Dulu.. pagi-pagi.. surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.....
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....
Sekarang.. seawal pagi sambil minum kopi.. engkau baca surat khabar dahulu.....
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia.....
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla.....
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan.....
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku (Bismillah).....
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi.....
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu.....
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu.....
Mengasyikkan.....
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja.....
Di Komputermu pun kau putar muzik kegemaranmu.....
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.....
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan.....
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu.....
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku.....
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.....
Menonton siaran televisyen.....
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk.....
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah.....
Waktu pun cepat berlalu.....
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu.....
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama.....
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali.....
Itupun hanya beberapa lembar dariku.....
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu.....
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku.....
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu.....
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba.....
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya.....
Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah S.W.T. yang ada padaku menolong mu.....
Itu janji Tuhanmu, Allah S.W.T......
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu.....
Setiap saat berlalu.....
Dan akhirnya.....
Kubur yang setia menunggu mu.....
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu.....
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati.....
Di kuburmu nanti.....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.....
Yang akan membantu engkau membela diri.....
Dalam perjalanan ke alam akhirat.....
Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu.....
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.....
Peganglah Aku kembali.....
Bacalah aku kembali setiap hari.....
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.....
Text ColorYang berasal dari Allah Azzawajalla.....
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah.....
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu.....
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.....
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.....
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.....
Sentuhilah Aku kembali.....
Baca dan pelajari lagi Aku.....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat.....
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil.....
Di surau kecil kampungmu yang damai.....
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri.....
Dalam bisu dan sepi.....

Terpenting bagikuy

Service offert par bloguez.com : Plateforme de création de blogs




BaRiSan TerPeNTinG BagiKu DaLaM FrieNdSTeR
  • Mr RaHMaT
  • Mr NaSiR
  • MiSs UmMi
  • Mr HoW ChaN HuO
  • MisS Nik NuR HidaYaH
  • MiSs LiNa

HiDuP BaGaikan SeOrANg PerAnTaW

Hidup memerlukan pengorbanan,

Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan kekuatan,
Kekuatan memerlukan keyakinan,
Keyakinan menentukan kejayaan,
Kejayaan membawa kebahagiaan...


Hidup tanpa cita-cita adalah mati
Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi
Ilmu penyuluh hati yg bersih,
Pengorbanan memerlukan usaha yg gigih,
Natijahnya kejayaan bakal diraih,
Kutuman senyuman akan tersurih,
Berkat doa kepada yang Maha Pengasih...


Diam merupakan sebuah keputusan hukum
Sebaik baik perkataan adalah yang sedikit
Namun dapat menjadi petunjuk
Keselamatan seseorang terletak pada penjagaan lisannya
Siapa yang manis lisannya pasti akan ramai kawannya
Yang lahir dari hati adalah keikhlasan
Yang datang dari akal adalah kewarasan


Bersatulah hati dan akal
Melawan nafsu yang bakal memusnahkan
Harta yang paling indah adalah sabar
Teman yang paling akrab adalah amal
Pengawal yang paling waspada adalah diam
Bahasa yang paling manis adalah senyum


Dan ibadah yang paling indah adalah kyusuk
Malu daripada lelaki adalah baik
Tetapi daripada perempuan lebih baik
Adil bagi setiap orang adalah baik
Tetapi daripada pemerintah lebih baik
Taubat daripada orang tua adalah baik
Tetapi daripada pemuda lebih baik


Dermawan daripada orang kaya adalah baik
Tetapi daripada orang miskin lagi baik
"Tunjangkan resah mu di dada solat,
Himpunkan peritmu digenggaman doa,
Tutupi kekecewaan dgn taqwa,
Dan nilailah kesucian dirimu melalui keikhlasan hati".


Hidupkan Rasa Bertuhan...
Suburkan Rasa Kehambaan...
Bersyukur dgn apa yg ada, jujur dgn apa yg ada..

.:: Kenali Keikhlasan Si Dia ::.

ernahkah anda digilai lelaki @ perempuan yg begitu teruja dgn diri anda?? Si dia yg mencintai anda itu munkin benar-benar ikhlas namun anda tidak pernah memberi nya peluang kedua & brgkali anda juga yg x munkin mempunyai peluang kedua..Wallahu A`lam..

Apabila segalanya sudah berakhir,menyesal pun sudah tidak berguna.Bukan seperti sebuah drama,segalanya berakhir dengan kebahagiaan namun dalam dunia nyata,tidak semuanya berakhir dengan penuh kebaikan.

Mengakhiri episode sebuah percintaan yg malap,penuh kesayuan & kepedihan membuatkan anda merana selamanya.

Biarpun pernah menderita ,cuba selidiki kenangan yg pernah anda cipta bersama si dia.Mana tahu anda mampu mengubah pandangan anda kepadanya..



* Org yg mencintai anda tidak pernah mampu memberian alas an kenapa dia mencintai anda.YG dia tahu di hati & matanya hanya anda satu2nya org yg di cintai.

* Wpun anda sudah mempunyai teman istimewa @ kekasih,dia tidak peduli.Bg nya yg penting,anda bahagia & tetap menjadi impian nya.

* Org yg mencintai anda selalu menerima anda seadanya.Di hati & matanya anda selalu yg tercantik @ terhensem wpun anda berasa berat badan anda bertambah..

* Org yg mencintai anda selalu ingin tahu aapa saja yg dilalui anda sepanjang hari.

* Org yg mencintai anda akan mengirimkan SMS spt slmt pagi,slmt hari minggu,slmt tidur & seumpamanya wpun anda tidak membalas SMS nya.

* Menerusi kiriman SMS itulah ,dia menyatakan cinta nya dlm cara yg berbeza. Bukan “aku cinta padamu” ttp berselindung disebalik madah kata ayat itu.

* Jika anda menyambut ulang tahun hari lahir & anda tidak mengundangnya ke majlis yg diadakan,setidak2nya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat @ mengirimkan SMS.

* Org yg mencintai anda akan selalu mengingat setiap kejadian yg dia lalui bersama,bahkan mungkn kejadian yg anda sendiri sudah melupakan nya kerana saat itu adalah sesuatu yg berharga untuknya.

* Org yg mencintai anda akan selalu mengingati setiap bait kata-kata yg anda ucapkan,bahkan mungkin kata-kata yg anda sendiri lupa pernah mengungkapkan nya terutama nya yg melukakan hatinya.

* Org yg mencintai anda akan belajar menggemari lagu kegemaran anda,bahkan mungkin meminjamkan cakera padat miliik anda kerana dia ingin tahu apa kegemaran anda.

* Jika anda kurang sihat kali terakhir bertemu,dia akan sentiasa mengirimkan SMS @ menelefon utk bertanya keadaan anda.

* Org yg mencintai anda akan memberikan suatu barang miliknya yg mungkin bg anda sekadar sesuatu yg biasa.

* Org yg mencintai anda akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dgn anda,sehingga anda menjadi bingung.Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana anda sudah menggegarkan dunianya.

* Org yg mencintai anda bertindak lebih seperti saudara drpd seperti seorang kekasih.

* Org yg mencintai anda,kadangkala merindukan anda & melakukan perkara yg membuatkan anda pening kepala.Namun, dia cepat meminta maaf jika tindakan nya menggangu diri anda.

* Jika anda memintanya utk mengajari sesuatu , maka dia akan melakukannya dgn sabar wpun anda mungkin org yg terbodoh di dunia!!

* Kalau melihat telefon bimbitnya,nama anda akan menghiasi sebahagian besar ruang pesanannya.Dia masih menyimpan SMS anda wpun ia sudah dikirim berbulan-bulan @ bertahun-tahun yg lalu.

* Jika suatu saat anda merindukan nya & ingin memberinya kesempatan,dia akan sedia menunggu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari org lain.

* Jika suatu hari nanti penantian nya terlampau lama & menjadi sia-sia. Sekurang-kurangnya hargailah diri nya.Memadai lah sekadar ingatan dr hati yg tulus buat nya pd sekudus doa.

* Andai suatu masa nanti anda pula ditakdirkan oleh Allah kecewa ingatlah pd insan yg pernah anda kecewakan.Andai nanti tiada lg peluang dr nya ingatlah ,anda lah insan yg telah mensia2kan peluang yg pernah ada suatu ketika dulu

* Ingatlah kasih yg pernah anda miliki dulu semuanya kepunyaan Allah & barangkali kasih anda tidak layak buat insan itu..

* Jika kesukaran yg dilalui itu telah memenatkan anda.Ingatlah Allah akan gantikan yg lebih baik dr sebelumnya..InsyaAllah

* Wpun si dia telah patah hati namun hakikatnya belum lg tawar hatinya utk anda.

11 February 2009

UJIAN ILLAHI PENUH BERerti BAGIKU

knp la org yang aku hargai, sanjungi, hormati LANGSUNG tak balas balik kat aku, apa yang aku buat kat diorg...

mcm nak cekek2 je diorg tu


... YA ALLAH YA TUHAN...


YA ALIM YU AZIM

fuhhhhhhhhhhhhhhhhh..
mmg sukar nak cari org yang btul2 seerti dgn kita...

nak komen pasal dia.... semuanya tak kene.. tapi kene pendam lah nak wat mcmana walaupun ia tertekan bagiku untuk menahannya..

YA ROBBI...


bila aku x jawab msj dia dan call dia.. diorg cakap aku nyombonk la. apa lah..
tp aku tak larat nak berhubung org yg tak hargai aku.. jadi terpakselah layan diorg

YA ADI YA MuiZZ...

sabarkanlah dan tabahkanlah hatiku ini..
tenangkanlah sedalam2nya...
inginku cari kebahgiaan dan ketenangan didunia dan diakhirat..


AMIN... AMIN... AMIN...


I LOVE ALLAH SWT.
I LOVE RASULULLAH SAW
I LOVE PARA AMBIyA'''''
I LOVE MY PARENT

4 golongan ni lah yang btul2 buatku tenang apabila diorg(org x hargai) dtg menghampiriku walaupun seketika...

TAKBIR TAKBIR TAKBIR..

محمّد راجيح HujjaTuL_isLaM




08 February 2009

Palestin itu jauh dari kita

  1. Pada kita derita itu
    pada gagalnya peperiksaan
    laparnya perut pada makanan
    putusnya cinta pada kekasih pujaan
    jauhnya ibu ayah dari dakapan
    juga habisnya duit dalam bekalan

    Pada mereka derita itu
    Apabila rumah kediaman digesel trak
    Harta benda serba serbi dirompak
    maruah keluarga dipijak-pijak
    anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
    tanah air Islam diinjak-injak

    irama kita
    adalah suara siti yang merdu
    atau muzik rock yang bingit melegakan
    atau suara nasyid yang mendayu-dayu

    irama mereka
    bulddozer yang menghiasi setiap pagi
    ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
    Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

    sungguh sukar kita berada di tempat mereka
    kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

    berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
    berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

    tangisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
    putusnya cinta atau geramnya pada manusia
    tangisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
    kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

    Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
    Pada kekayaan melimpa ruah
    pada umur yang panjang
    agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

    Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
    pada syahid tanpa henti
    pada perjumpaan teragung
    dengan Ilahi tercinta…

    Siapakah kita berbanding mereka?

BeraMaL

Daripada Abi Hurairah RA,

Rasulullah SAW bersabda :

Siapakah yang akan mengambil daripadaku beberapa perkataan lalu beramal dengannya atau memberitahu siapa yang akan mengamalkannya?


Jawabku : Saya, wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah SAW memegang tanganku dan mengira lima. Sabda baginda ;"Jauhkanlah larangan-larangan nescaya engkau akan menjadi manusia yang paling beribadah; relalah dengan apa yang telah Allah SWT kurniakan kepadamu nescaya engkau akan menjadi manusia paling kaya; berbuat baiklah kepada jiran nescaya jadilah engkau orang mukmin sejati; Kasihilah orang lain sepertimana engkau mengasihi dirimu sendiri nescaya engkau menjadi sebenar-benar muslim dan janganlah engkau banyak ketawa kerana ia akan mematikan hati".



(Maksud hadis)

07 February 2009

kemalangan yang membabitkan org yang kita syg

Service offert par bloguez.com : Plateforme de création de blogs


ASSALAMUALAIKUM..


5.02.2009(khamis adalah detik paling bersejarah bagiku)

tepat jam 4 ptg..

suasana yang riuh rendah diselubungi dgn rasa resah...


mamaku berada di pejabat manakala aku dengan akak ROSANITA berada di maybank untuk mengambil duit..

sahabat ayahku menelefon mamaku untuk memberitahu sesuatu perkara yang amat menyedihkan..

mamaku yang amat sangat sedih dan sebak atas perkara yang terjadi pada ayahku...

mamaku tersekat2 nak bagitahu aku selepas pulang dari maybank trganu bahawa ayahku mengalami kemalangan..

huuuuuuuuhhhhhhhhhh..

tersenyap dibuatnya..

tetapi aku cepat2 contact dgn abgku(rahmat) dan beberapa lagi org penting dalam hidupku... aku mahukan doa mereka untuk ayahandaku...

tepat jam 7.30 mlm aku bertolak ke dungun...

kejadian ini membabitkan hati dan perasaan..mmg meyedihkan...

pukul 10.30 mlm aku sudah sampai umah nenekku.. alhamdulillah.

nenekku tersenyum lebarnya menyambut kedatanganku.. hatiku berasa lega dgn senyumannya itu.. fuhhhhhhhhhhhhh..

aku masuk dalam umah terlihat ayahku yang tengah duk tgok TV...

huhu...

alhamdulillah.. aku hppy sgt2...

kete Perdana V6 hancur bahagian hadapan... cermin hadapan pecah..

kalau dilihat boleh anggapkan pemandu dan penumpang mati,...

tapi ALLAH bagi keselamatan kpd ayahku.,.. alhamdulillah...

sekian terima kasih..

jgalah org yang kamu syg dgn baik2.. dan sertai dgn doa...