23 December 2008

KurSuS ProGram CiTRa IKBN SiRi Ke-8/2008



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Assalamualaikum...

hari Ni Rajih dah pulang ke rumah (22.12.08 hari isnin...) sampai kul 4.30 ptg..

alhamdulillah... segala cabaran dan halangan yang ditempuhi dapat rajih atasi dengan tabah..

rajih banyak menerima ilmu semasa berada dalam Program tu..

rajih bangga sebab rajih terpilih menjadi ketua Program Citra IKBN 2008...

tambahan lagi, Program Citra IKBN ini di datangi oleh salah seorang Pekerja SINAR HARIAN....

ramai kawan2 yang rajih dapat..

antara kawan2 yang rapat dengan rajih

SaFUAN
ABANG KHAIRI
ADIK AMERUDDEEN
ADEK HALIM
SHAHRUL
ROHIM

AKAK NOR
AKAK ZANA
AKAK JU
AKAK AIN
AKAK ZILA
IQA
AKAK JA
ILA


NAMA2 DIATAS ADALAH SAHABAT DARIPADA KUMPULAH SENDIRI..

KUMPULAN KAMI DIBERI NAMA KUMPULAH PROAKTIF dimana kumpulan kami mendapat 3 hadiah daripada kem komandan ( en zaimin bin endut)


urus setia program ini iaitu ( en amiruddin)


banyak rajih nak cerita untuk tulis dalam blog ni.. tapi rajih sangat sibuk..

klau rajih ade masa.. rajih akan taip semula k>>>

ingat pesan rajih


setiap cabaran yang kita lalui adalah satu penghargaan untuk kita kerana ia akan mematangkan pemikiran kita untuk menjadi seorang hamba ALLAH yang betul2 berguna kepada agama bangsa dan negara...

rajih kagum dengan anak2 buah rajih.. sebab diaorang hormat kat rajih sebagai ketua...


oklah rajih dah nak pulang dari kerja ni..

hope korang sabar k untuk cerita seterusnya..


salam sayang untuk korang..

take care









Dapatkan Mesej Bergambar di Sini






tiPS uTK mEMPERBAIKI sOLAT kITA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Ceramah Ustazah Hjh Siti Khadijah Din

Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah.. umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu.


Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat... sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat:


1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir

i.
Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga

ii.
Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga

iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.


2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.
3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu".
5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.
6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
i.
Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.
7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.
8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut ".... illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.
9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.



Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu.
Antaranya:
1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).
Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.
2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.
3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Ada kalanya, bagi mereka yg rambut pjg, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik.







Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

15 December 2008

salam disingkat?????????


Service offert par bloguez.com : Plateforme de création de blogs


sahabat tahu kah kau sekalian hakikat dan maksud dari kalimat salam??

salam adalah kalimat doa yang sangat bererti di yaumul akhirat nanti..
dan apakah teman-teman sekalian ingin kalimat doa tersebut berubah menjadi kalimat celaan..??

marilah kita lihat kebiasaan kita saat ini.. kita menyingkat kalimat "Assalamualaikum" menjadi "ass"...

dan mari kita telaah kembali apa itu arti dari "ass" dan ternyata kata "ass: itu bermakna jauh dengan kata doa..

kata "ass"dalam bahasa Inggris adalah berarti bokong(pantat, bujur,)atau segala arti yang tercela..

dari situ marilah kita ubah kebiasaan kurang baik kita.. mari hilangkan kebudayaan menulis kata Assalamualaikum menjadi ass...


kirimkan message ini kepada semua teman2 anda..insya Allah akan bermanfaat bagi kita semua..dan semoga ALlah memberikan ganjalan kepada kita atas apa yang kita perbuat..
wassalamualaikum....


Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde kavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.


Semoga ada manfaatnya.

Janganlah kamu adakan tuhan yang lain di samping Allah,

Service offert par bloguez.com : Plateforme de création de blogs


Assalamu’alaikum Warohmatullohi Wabarakatuhu...
Bismillaahirrohmaanirrohiim

QS. 17. Al Israa'


Janganlah kamu adakan tuhan yang lain di samping Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah).

13 December 2008

Berpada dgn Pemberian Allah


Service offert par bloguez.com : Plateforme de création de blogs

Berpada Dengan Pemberian Allah; Qana’ah Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Nabi saw. bersabda yang maksudnya:”Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu.” (Bukhari)

Selaku insan mukmin, kita tidak harus menyalahkan apa sahaja pemberian Allah SWT apalagi menghinanya kerana jika dihitung-hitung nikmat Allah, nescaya kita tidak akan sanggup menghitungnya lagi disebabkan terlampau banyaknya nikmat tersebut termasuklah pemberian yang tidak kita sedari.

Oleh itu jangan kita merasa kesal atau kecewa dengan ciptaan atau pemberian Allah sama ada kita mengalami kecacatan, kekurangan dan sebagainya. Hal ini kerana jika kita mengeluh terhadap-Nya, padahal kita sedang menikmati rahmat-Nya, itu bermakna kita tamak dan menutup mata atas nikmat yang telah kita miliki selama ini dan hal demikian akan menjerumuskan kita ke lembah kekufuran serta mengundang kemurkaan Allah sehingga tiba suatu masa kelak, Allah SWT akan menarik semula segala nikmat pemberian-Nya itu dan menggantikannya dengan kesusahan.


Ketika itulah kita akan menyesal dan celik akan hakikat sebenarnya. Sesungguhnya sebahagian besar musibah yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh keluhan-keluhan mereka terhadap-Nya sedangkan Allah itu Maha Pengasih, Maha Adil dan lemah-lembut terhadap hamba-hamba-Nya.


Oleh itu dalam apa juga perkara kita hendaklah bersifat qana’ah dan sentiasa bersyukur di samping berusaha dan bersabar kerana Allah ada berfirman yang maksudnya:”...boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.


Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah:216)



12 December 2008

SeLaMat HaRi KeLaHiRaN akak UmmI ( 14. dis. 2008 )


ni lah akak ku iaitu akak ummi...

dah byk dia bgi dorongan dan kekuatan kepadaku selepas kematian arwah abg suhaimi...

byk dia bagi nasihat tentang kehidupan dan agama islam...

aku bangga mempunyai kakak seperti dia..

aku tak tahu nak kasi tau macamana..
dia dah banyak memberi kasih sayangnya kepadaku walpaun kami berjauhan dan tak pernah bertemu.

aku harap aku dengan dia tidak akan "lost contact"... sebab dialah yang membuat aku bangkit dari kegelapan hingga hari ni...



esok (14. dis. 2008 ) bersamaan 16 zulhijjah 1429 adalah hari kelahiran beliau..

aku doakan beliau :

1. mendapat rahmat dan keredhan ALLAH SWT.
2. teguhkan keimanan dalam jiwa dan raganya...
3. supaya dapat jodoh cepat2 (huhu)
4. dapat kebahagiaan didunia dan diakhirat
5 segala hajatnya dimakburkan..

amin amin amin ya robbal a'lamin...


aku sayang dia macam akakku sendiri sebab aku tidak mempunyai kakak seorang pun dalam dunia ni kecuali dia...



harap beliau akan terus maju dalam bidang yang diceburinya..

amin...


take care akak ummi...

salam



Allah selamat kan kamu
Allah selamat kan kamu
Allah selamat kan akak ummi
Allah selamat kan kamu


happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to akak ummi
happy birthday to you



Myspace
Graphics
- At Myspacejunks.com





Myspace
Graphics
- At Myspacejunks.com

JADILAH DIRI ANDA SENDIRI

Service offert par bloguez.com : Plateforme de création de blogs

Firman Allah s.w.t. di dlm surah Al-Baqarah, ayat 148:
Ertinya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada qiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan…”

Ertinya: “Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat…” (Al-An’am: 165)

Ertinya: “…sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing)…” (Al-Baqarah: 60)

Setiap m’sia memiliki kelebihan, potensi dan bakat masing-masing. Dan salah stu keagungan Rasulullah s.a.w. adalah kemampuannya utk menempatkan stiap shbatnya sesuai dgn kemampuan, bakat dan potensi mereka masing-masing. Ali k.a.w. ditugaskan dalam bidang kehakiman, Mu’adz r.a. bidang ilmu pengetahuan, Ubay r.a. dlm bidang Qur’an, Zaid r.a. dlm bidang Faraidh, Khalid b al-Walid r.a. dlm bidang jihad, Hassan r.a. dlm bidang sastera, dan Qais b Tsabit r.a. pula dlm bidang khithabah.
Meletakkan sesuatu yang basah di atas pedang akan bahaya;
sebagaimana bahayanya pedang diletakkan di atas sesuatu yang basah…
Menyatukan serta hanyut dalam keperibadian orang lain pada hakikatnya adalah bunuh diri, manakala memakai baju keperibadian orang lain sebuah pembunuhan yang terancang.
Di antara salah stu tanda kebesaran Allah ‘Azza wa Jalla adalah perbezaan sifat yg ada pada m’sia dan perwatakan yg mereka miliki serta perbezaan bahasa dan warna kulit mereka. Abu Bakar r.a. dengan kelembutan dan wataknya yg pengasih telah memberikan manfaat bagi umat dan agama. Umar r.a. dengan sikapnya yg keras dan tegasnya telah membangkitkan Islam dan para pemeluknya.
Dgn kata lain, menerima dengan penuh kerelaan setiap anugerah dan pemberian Allah yg ada pada diri anda. Oleh sbb itu, kembangkanlah, tumbuhkanlah, dan dptkanlah manfaat darinya.
Ertinya: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupan-nya…” (Al-Baqarah: 286)
Taqlid buta dan terlalu mudah melebur diri ke dlm keperibadian org lain merupakan penguburan hidup-hidup t’hdp bakat yg Allah berikan, membunuh keinginan, dan penghancuran sistematik t’hdp syakhsiah penciptaan m’sia itu sendiri.
Jgn anda bersedih atas sikap dan perilakumu selagi ia tidak melanggar syari’at Islam. Apa guna kita diciptakan m’pnyai perbezaan peribadi, wajah, kulit, badan, dan lain-lain, kenapa Allah tidak cipta semuanya baik sedangkan kenapa diciptakan begitu, dlm firman Allah SWT:
Ertinya: “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya…” (Al-Mulk: 2)
Semua itu atas kehendak dan taqdir Allah. Menunjukkan kepelbagaian dalam kehidupan. Ada malam dan ada siang,ada berseorangan dan ada pasangan, ada gelak tawa dan ada juga sedih sedu, hebatnya Sang Pencipta kita, cume kte jer xpaham, btul x? Sesuatu perkara menjadi bosan dan jemu jika kita lihat benda yang sama berulang-ulang kali kecuali hati yg sudah bertaut kpd Allah, stiap perkara akan tidak akan jemu dan bosan. Buatlah ibadat kpd Allah dgn penuh khusyu’ kpd-Nya, jagalah hati dari penyakit hati, berjuanglah ke jlnnya dengan hikmah, tautkan hati (cinta) itu sesama manusia atas dasar kepada keredhaan-Nya, cintakan kekasih-Nya Rasulullah SAW dan ikutilah sunnahnya, comfirm kta m'dpt kebahagiaan yg abadi dan tunggulah serta rindulah kpd negeri Abadi