06 October 2008

Salam ukhwahfisabilillah.


Di bumi ini kita ditemukan
Satu arah, satu perjuangan
Satu Akidah, satu pegangan
Asasnya terjalin ikatan
Ukhuwwah Fillah tidakkan musnah
Walaupun ombak walau badai mendesah
Tautan erat tak mungkin patah
Dengan ismullah kita berbai'ah
Bertemu berpisah hanya kernaNya semata
Redha Allah kita cari, moga kitakan dirahmati
Dengan niat yang suci bertemu kembali di negeri abadi
Demikian manisnya mahabbah murni
Limpahan kasih anugerah Ilahi
Tepancar cahaya penuhi hati
An-nur suci dariMu Rabbi
Sahabat,
Andai tiada khabar dariku,
Iringlah doa buatku disetiap langkah kehidupanmu,
Andai ku menyepi tanpa kata,
Bicaralah bersama Penjagaku agar
Mentarbiyyah ku sebaiknya
Agar dunia sementara medan untukku berjuang
Demi masa depan akhirat yang lebih indah
Andai kembaraku jauh
Bisikkan pada hatimu bahawa aku sedang bermujahadah
Mencari NUR Ilahi yang abadi (",)
Syukran kpd sahabat2 yg telah memberi comment, message, dll kpd ana.
Ana minta maaf krn tidak dpt membalas comment, message, dll selama kira2 6 bln yg lepas.
Pada masa itu ana perlu menyelesaikn sesuatu perkara.
Ana minta sedikit masa utk membalas kesemua message2 tersebut. insyaAllah.

Akhir kata,
Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu.
Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang menipu kamu kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuan kamu.
Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikari kamu.
Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebatkan ability kamu.
Dan bersyukurlah kepada Allah kerana menjadikan orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu
“Setiap anak cucu Adam pasti melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat”
(HR. Ahmad; At-Tirmidzi. Hasan Shahih)

No comments: