20 July 2009

Tak semua akan kita Fahami

Aku baru sedar hari ini adakalanya apa yang kita rasa tak mungkin boleh sampai melalui kata-kata... Di dunia ini semua orang berbeza jadi jangan anggap ada orang fahami siapa kita...


Pertama kerana setiap insan mempunyai sudut permikiran yang berbeza...
Kedua cara pembawaan kita yang sangat berbeza...
Ketiga sudut penerimaan kita berbeza...


Pernahkah anda alami?
Adakala kita bercerita tentang satu pencapaian... Adakah orang turut gembira? Ataupun menyatakan kita riak?


Adakala kita menyatakan sesuatu penyataan... Adakah itu di ambil sebagai pandangan? Atau pun kita menghina?


Adakala kita tak sepertinya... Adakah itu kelainan? Atau itu sesuatu keganjilan?
Aku baru faham... Kita kadangkala terlalu berfikiran pada satu arah sepertiku langsung tak menjaga perasaan orang lain... Kadang kala kita tak pernah fikirkan perasaan orang lain... Aku lupa aku ini jenis yang beku hati... tak sensitif dan tak ada perasaan...tapi orang lain ada perasaan yang lebih halus... Aku lupa tak semua orang akan berfikir sepertiku... Aku lupa yang aku ini memang kurang hati dan rasa...
Seringkali kita akan menganggap orang itu akan berbuat bergitu... berfikir begini... kerana apa? kerana kita akan meletakkan diri kita ... cara kita di dalam dirinya... Kerana kita meletakkan diri kita di dalam dirinya... Sungguh kadangkala apa yang langsung tak terniat oleh kita...TP kebenarannya... Itu yang di fahami... Bukan salah mereka tapi salah aku yang kurang peka... Kenyataannya aku yang perlu berubah menjadi lebih sensitif...


Sungguh baru aku faham kini... persoalan-persoalan yang aku sendiri rasa pelik tapi sering pandang remeh... Baru aku faham... kadang kala perkataan dan sindiran itu bukan satu gurauan tapi adalah satu kata rasa yang mereka rasa padaku... Cuma aku lambat menangkapnya.
PERNAHKAH ANDA CEMBURU DENGAN KAWAN SENDIRI?
APA YANG ANDA RASA KALAU KAWAN ANDA BUAT BEGINI?
PERLU KE BERITAHU HAL TU?
KAU TAK APA? KAU LAIN..
Pernah tak kawan-kawan anda bertanya begitu berkata bergitu?...Soalkan diri sendiri... Walau apa pun jawapannya... sekurang-kurangnya tanya kenapa orang bertanya... Sebab semuanya ada maksud tersendiri... Jangan pandang remeh sebab kadang kala kerana itu kita menyakitkan hati orang... Patutlah aku rasa tak sedap hati je bila orang tanya padaku macam tu...YA ALLAH banyaknya aku dah sakiti hati orangkan?
Mungkin ini padahnya pada pemikiran yang terlalu terbuka hingga kita lupa pada batasnya...
Aku lupa pesanan mama... Itu tempat orang... Budaya orang... jangan bawa sikap kat rumah... Aku lupa mereka bukan seperti kawan-kawanku yang bersamaku bebas melahar tanpa perasaan... Aku lupa aku ini bukan sesiapa pada mereka... WAH MELAYU MUDAH LUPA LA PULAK..
Padaku
Cantik itu subjektif... Cantik dari segi dalaman ataupun luaran...perkataan tak akan mampu menghina sifat... Cantik.. Hodoh... Baik... Kejam...Cukup sifat... semuanya ada nilai... kita di beri kelebihan tersendiri... Di sepuluh mata yang berbeza kita mempunyai 10 kelebihan yang berbeza... Jangan pernah ambil sesuatu itu sebagai penghinaan...
Cantik itu akan jadi cantik apabila kita merasakan ianya cantik... Bukan orang lain merasakan ianya cantik... Walau seribu kali orang kata ianya hodoh... tapi kalau pada kita ianya cantik.. maka cantiklah dia...Jangan ambil kisah apa kata orang (terutama apa yang Azz katakan.. Sebab Azz cakap baru fikir)... Kerana orang ada pemikirannya tersendiri...


Sebab itu walau sejuta kali orang katakan test aku ni pada warna pudar tak bermaya... namun aku tetap merasakannya cantik sebab padaku ianya tetap cantik...
SORRY FOR EVERYTHING... KADANG KALA KITA TAK BERMAKSUD... CUMA FAHAM KITA MANUSIA YANG MEMPUNYAI KEFAHAMAN YANG BERBEZA..

1 comment:

Anonymous said...

Hmmm..banyak betulnya catatan di atas..

"Tak semua akan kita fahami"..

Insya Allah dengan kefahaman yang sedikit itu akan mampu merubah keadaan menjadi lebih baik.

Teguhkan hati. Jngan difikirkan perkara2 yang adakalanya cuma menambah kesesakan dalam fikiran. Kenyataannya, kita adalah apa yg kita fikirkan.